Lunak emosimu?
Hingga engkau bagai hilang selesa
berbicara
Seperti selalunya... maaflah; aku tidak
menyedari
Tidak ...
Sengaja kusimpan lidahku
Daripada tutur yang tidak perlu
Kerana banyak berbicara
Bukan bermakna tahu segala
Bukan semestinya betul semua
Ya.. benar katamu
Janganlah apa sahaja yang didengar
Mahu terus disebar
Apa sahaja terlintas di fikiran
Mahu terus diluahkan
Sejenak pertimbangkan dahulu
Ada baiknya ataukah sia-sia
Ya ..
Berdiam diri
Bukan tanda tidak mengetahui
Menyesal lantaran berdiam
Sesalnya tidak berpanjangan
Menyesal kerana terlanjur bicara
Sesalnya sukar dilupa
Apa lagi andai ada hati yang terluka !
Kehidupan tidak semuanya untuk difahami tetapi adalah untuk kita diterima.
Lebih datangnya dari Allah S.W.T dan kurang datangnya dari saya.so,Sekian disini dahulu,wabillahi taufiq wal hidayah,wassalamualaikumwarahmatu'allahiwabarakatuh dan disertai juga salam uhibbuki fillah abadan abada ♥
"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."
Lain Kali Singgah Lagi tau
No comments:
Post a Comment