Assalamualaikum.
Yang jelas di mata
Adalah kelainan dan berlawanan
Yang perbezaannya bertentangan
Tapi,
Anggaplah ketidaksamaan itu
Akan menjadi rahmat dalam perjalanan kehidupan
Lebih tenang dan selesa
-Untuk diri dan agama
Bahagia ukhuwah yang 'awesome'
Berdiskusi dan muzakarah
Sebagai medan menyelesai masalah.
Tidak perlu saling menonjol diri
Aku sahajalah yang 'glamour' !
Aku sahajalah yang betul ! kau ke tepi..
Sebaliknya,
Kita melihat kesamaan. Ya, Sama !
Bahawa.."Setiap muslim itu bersaudara"
Bertuhankan Tuhan yang sama
Bertujuankan keselerasan hidup.
Cuma yang benar-benar membezakan
Yang menjadikan sama ada
Hina atau mulia sifatnya
hanyalah berpaksikan
Keimanan dan takwa kepada-Nya.
Lihatlah ke arah awan, Jangan melihat ke arah tanah.
Lebih datangnya dari Allah S.W.T dan kurang datangnya dari saya.so,Sekian disini dahulu,wabillahi taufiq wal hidayah,wassalamualaikumwarahmatu'allahiwabarakatuh dan disertai juga salam uhibbuki fillah abadan abada ♥
"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."
Lain Kali Singgah Lagi tau
No comments:
Post a Comment