Wednesday, 19 June 2013

Jernihkanlah Hati

Selalu disebutkan bahawa hati adalah raja dalam diri. Segala tindakan lahir sama ada baik atau buruk,datang daripada dorongan hati. Apabila hati bersih,jernih atau baik,ia mendorong kepada sikap dan tindakan lahir yang baik.


Hati yang bersih dan baik adalah hati yang dihiasi sifat sabar,redha,penyayang,belas kasihan,pemurah,berlapang dada,suka memaafkan,mudah mengaku salah dan meminta maaf serta sifat terpuji yang lain.

Hati adalah milik diri yang paling ajaib. Hakikat diri manusia,itulah hatinya. Di situlah juga tempat tumpahnya pandangan Allah S.W.T. Bila kita menjaga hati,dengan sendirinya kita akan menjaga sikap dan tingkah laku. Tetapi kalau hati tidak pernah peduli keadaannya,sukar untuk seseorang itu menjaga apa yang dilakukan oleh mata,telinga,mulut,tangan dan kakinya.

Mendidik hati memerlukan mujahadah iaitu melawan sifat-sifat hati yang negatif. Bersedia mendidik hati bererti bersedia melawan dorongan-dorongannya yang negatif,buruk dan keji.Jangan hanya sekadar ingin mengubati,paksa diri ini untuk diubati :') insyaAllah kita boleh berubah(sabar).

Hati itu terlalu sensitif dan sukar dijaga. 
Sentiasa sirami hatimu dengan zikrullah

Lebih datangnya dari Allah S.W.T dan kurang datangnya dari saya.so,Sekian disini dahulu,wabillahi taufiq wal hidayah,wassalamualaikumwarahmatu'allahiwabarakatuh dan disertai juga salam uhibbuki fillah abadan abada 

"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah.        

                                                                 Lain Kali Singgah Lagi tau

No comments:

Post a Comment