Tuesday, 9 July 2013

Smart Caliphs Camps Best

السلام عليكم
5 Julai 2013
Hari pertama di kem Smart Caliphs. Aktiviti pertamaku ialah ice breaking/sesi perkenalan(kena serah barang berharga*SadLife sementara). Selesai ice breaking,kami ke dewan untuk pembahagian kumpulan. kumpulanku diberi nama "Sumayyah"  kumpulanku juga kena melukis logo sendiri dibendera putih. Selesai aktiviti didalam dewan,kami diarahkan ke bilik masing-masing untuk bersiap solat maghrib berjemaah di surau.. Selepas berjemaah,kami makan beramai-ramai dikantin dan selesai makan kami dikehendaki ke surau kembali untuk solat isyak berjemaah. Selepas berjemaah kami kembali ke dewan terbuka untuk mendengar taklimat dari urusetia. Selesai taklimat kami ke dewan tertutp(aircond) untuk mendengar nasihat tentang pelbagai info(sirah) dari ust Rashdan. Habis ceramah kami ke kantin untuk makan lewat malam(supper) dan kami juga dikehendaki tutup lampu bilik sebelum jam 21 tengah malam. Bagi malam pertama di kem tersebut,Kami telah dikejutkan dengan siren yang bunyinya terlalu kuat pada pukul 1.10a.m(bayangkan baru nak lelap mata tak sampai 20minit dah kena bangun,sambar baju tudung apa semua :3) ke hadapan dataran. Semasa di dataran,urusetia mengemukakan kesalahan kami sepanjang hari dikem tersebut antaranya bersembang dikantin disurau dan didewan. Paling tak boleh lupakan kami diarahkan menutup mata dengan kain hitam sambil menghulurkan tangan,(masa tu dalam hati redha ,tawakkal. insyaallah mereka masih perikemanusiaan*Hahaha)semasa hulur tangan ada orang telah meletak sesuatu ditangan ku(nasib ada celah boleh nampak ada apa ditangan*Hahahah) rupa-rupanya bawang putih besar pula tu(diaorang panggil coklat arab) dengan rela hatinya makanlah dengan paksa rela. Semasa aku makan coklat arab tu aku terdengar ada suara lelaki menjerti"Aku tak mau mati,aku takut mati"(rupa-rupanya Bob) dalam hati aku pula(alah,biarkan.. ko makan ja nanti apa pun tak jadi kalau kau dengar tu) selepas tu ada la jugak kawan sebilik aku ni tak mau makan coklat arab tu sampai dipaksa. Selepas kena denda di dataran(pelbagai denda ada tapi biarlah rahsia),kami ke bilik untuk sambung tidor kembali pada pukul 2pagi(tapi aku tak dapat tidor dalam keadaan mulut berbau bawangputih-.-)

6Julai 2013
Pukul 5pagi bangun untuk solat subuh berjemaah disurau.Selesai berjemaah kami kembali ke bilik untuk siapkan diri sebelum ke dewan terbuka/sarapan. Pukul10pagi kami diarahkan mengikut kumpulan untuk aktiviti mengetahui bacaan solat dengan betul. Kumpulan Sumayyah telah mendapat kak fasi yang bernama kak Syuhada,dia comel,sporting dan alhamdulilah peramah orangnya. Kak Syuhada belajar di (KITAB). Selesai aktiviti bersama kak syuhada,kami semua ke kantin untuk makan tengah hari bersama. Selesai makan,kami solat zohor berjemaah.Selepas solat kami diarahkan ke bilik untuk preparation diri,selesai prepare kami kembali ke dewan terbuka
Pukul4petang(agaknya) (sebelum hiking kami kena syelek muka dengan selut tanah liat kot*gatal habis muka)kami hiking bukit apa entah untuk melihat pemandangan dari atas bukit pantai Aceh(alhamdulillah,berbaloi jugak mendaki bukit tu),tak silap selama 30@35minit jugalah kami mendaki. Selesai mendaki,(kejang lutut aku ni) kami diarah pula kena merangkak dibawah dawai yang menpunyai air selut tanah liat.(habis lencun,tudung kotor pula-.-dah la putih) selepas merangkak kami solat berjemaah dalam keadaan kotor(cuci sikit ja) di padang. Selesai solat,kami masuk ke bilik untuk cucikan diri yang busuk kotor menjadi wangi(lama la juga dalam bilik air kena tonyoh tudung tu bagi tak kotor,kalau tak kena marah dengan ibu).Selesai maghrib,kumpulan kami kena denda buat gwiyomi(sebab tinggal bendera di padang*itu lambang imej kami)okay,kena paksa lagi buat benda alah tu(atas pentas pulak tu) :3 Haihh.. 

Selepas makan,kami ke dewan tertutup(air cond)untuk mendengar ceramah dari ust.Rashdan tentang kehidupan,diri,solat,ibubapa,dunia dan akhirat. Permulaan ceramah tersebut okay lagi,bila pertengahan ceramah tentang ibubapa(mula la hati ni sayu nak menangis) akhir sekali tentang azab kubur(meremang bulu roma)dengan sound speaker dalam dewan kuat,tak dapat untuk menutup telinga(ada dia orang buat demo usung jenazah masuk ke dalam dewan dalam keadaan lampu tertutup,dalam hati berkata"depa buat demo ja tu.relax~") Selesai dengar ceramah,kami supper(tak tidor lagi sampai pukul 1 lebih sebab basuh baju*sorang-sorang* nak baju semua kering. kawan sebilik semua dah tidor. gagahkan diri basuh baju)

7 Julai 2013
Pukul 5pagi kami diarahkan bangun awal untuk qiamulail (tapi akan daya kita hanya merancang Allah yang memnentukan) Alhamdulilah perempuan lebih awal dari lelaki sampai ke surau. Permulaan qiamulail kami lambat sedikit. Selesai berjemaah,kami masuk ke bilik balik untuk sambung tidor. Pukul 9pagi,kami beramai-ramai bersenam aerobik di dewan terbuka selama sejam(dengan hasrat,harap badan tak berpeluh sebab baju dah tak cukup,ros pinjam lagi sehelai sebab ros bawa baju lengan pendek) Selesai senam,kami sarapan. Pukul 10.30pagi kami diarahkan untuk mengemas bilik dan beg. 
Selepas mengemas kami ke dewan tertutup untuk majlias penutupan/perpisahan,kami salam semut dengan kaum hawa(air mata tak mampu jatuh). Alhamdulilah kumpulan "Sumayyah" mendapat tempat ketiga antara kumpulan terbaik.

Konklusi,di kem. Memang seronok,penat. Pada mulanya memang kena paksa sebab(pada mulanya tak mau pi kem tu sebab nak ulang kaji minggu depan ujian kemajuan kali ke2) last minute kena packing barang(Alhamdulilah,Allah telah memilih aku untuk ke sana mengumpul ilmu) Coklat arab(bawang putih) tak boleh lupa !!! Syukron Syazilan atas ilmu yang dicurahkan serta berbaloi ana pergi ke sana..

Lebih datangnya dari Allah S.W.T dan kurang datangnya dari saya.so,Sekian disini dahulu,wabillahi taufiq wal hidayah,wassalamualaikumwarahmatu'allahiwabarakatuh dan disertai juga salam uhibbuki fillah abadan abada 

"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah.        

                                                                 Lain Kali Singgah Lagi tau

No comments:

Post a Comment