Kehidupan sebagai seorang remaja,da'i muslimah,pelajar dan anak sememangnya mencabar. Strategiku atur untuk melangkah mara ke hadapan. Iman dan taqwa ku perbaiki dengan lebih khusyuk demi mengurus hidup aku di atas muka bumi ini serta di akhirat kelak. Susah dan senang insyaAllah bakal ku harungi dengan sabar.
Kitaran hidup manusia akan lalui seperti ini:- "Anak,pelajar,remaja,mahasiswi,dewasa,isteri,umi dan nenek."
Semua manusia ingin lalui seperti diatas. Tidak ada seorang pun yang tidak ingin lalui semua itu. kita hanya usaha,hasilnya insyaAllah akan dapat. Ingat usaha itu penting,usahalah demi kebaikan diri.Tidak ada usaha,tidak gunanya ada hasil yang bakal menjadi busuk. Muslimah,diri kita mahal umpama "Mahal tak mampu terbayar dengan wang ringgit,mahalmu tak mampu dinilai oleh harta benda duniawi".
"Di dalam hati manusia itu terdapat hajat, tidak terbendung kecuali dengan kecintaan kepada Allah, memohon kepadaNya, ikhlas, & sentiasa berzikir kepadaNya." [Ibnu Qayyim]
Sebelum berkahwin,ibu bapa yang jaga. selepas kahwin,suami pula yang menjaga kamu. Betapa Allah menyayangi kaum wanita kerana Allah tak bagi mereka bersendirian :) Jagalah adab serta perilaku mu wahai Muslim !
Hargai nikmat sebagai seorang Wanita yg diberikan Allah itu dengan sebaiknya. Abaikan cemuhan dari manusia, yang penting Allah suka apa yang kita buat. Bersabarlah diri ini yang pasti dihujungnya ada kemanisan .
Terhentinya monolog hati dan fikiranku disini... *smile is form of sadaqah
Sebarkan Ilmu Tak Guna Sembunyikan
Lebih datangnya dari Allah S.W.T dan kurang datangnya dari saya.so,Sekian disini dahulu,wabillahi taufiq wal hidayah,wassalamualaikumwarahmatu'allahiwabarakatuh dan disertai juga salam uhibbuki fillah abadan abada ♥
"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah.
Lain Kali Singgah Lagi tau
No comments:
Post a Comment