Hanya sepotong ayat mampu terguris hati seseorang.
Biarlah aku bersendirian,
Untuk mencari keredhaanMu ya Ilahi.
Ku mencari kesilapan serta kekuranganku..
Kadang kala pertuturan seseorang bisa seperti ular,
Tetapi,tak disangka oleh pendengarnya.
Bila mendengar,tatkala suasana menjadi suram..
Aku runsing Ya Allah..
Berlari ke sana dan ke sini.
Aku mencari dan terus mencari.
Dimanakah ku tagih cinta Ilahi-Mu.
Itulah manusia.
Ingatlah hati manusia ini mudah tersentuh,
umpama kain sutera yang senang terkoyak apabila
terkena benda tajam. Oleh itu,ku sedar jagalah pertuturan
untuk keikhlasan sebuah persahabatan.
Ku sedar diri aku yang penuh kehinaan..
Ya Allah andai diri ini,
jauh melangkah dari landasan mu,
bimbinglah diri ini dan sahabat ku,
yang mencari keredhaan mu.
Jadilah seorang pemaaf,buanglah sifat egomu.
Biarlah aku dipinggirkan,
Aku tahu mereka lebih tahu kekurangan.
Jika tidak aku tak akan menaip disini.
Dalam keadaan ku suram,
aku merasai sesetengah individu,
akan adanya sifat ego,
ego itulah permainan syaitan.
Buangkan..
itulah penyebabnya..
Tetapi ku mengharapkan seperti dahulu..
Kita seperti keluarga..
♡ Titisan Monolog,
Khamis.09-05-2013.
Humble yourself. Nothing lasts for forever.
Lebih datangnya dari Allah S.W.T dan kurang datangnya dari saya.so,Sekian disini dahulu,wabillahi taufiq wal hidayah,wassalamualaikumwarahmatu'allahiwabarakatuh dan disertai juga salam uhibbuki fillah abadan abada ♥
"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."
Lain Kali Singgah Lagi tau
No comments:
Post a Comment