Assalamualaikum,ahlan wassahlan ya akhi wa ukhti ? sihat ?
anis harap ukhti dan akhi sihat ya :)
anis nak taip sedikit tentang cerita laluan hidup sepanjang kehidupan anis...
"Adik" itulah panggilan manjaku ketika aku dirumah...
Ibu.....
Adik telah merasai betapa susahnya kehidupan didunia ini,
ia seperti perlumbaan kehidupan manusia yang ingin berjaya..
Ibu...
Adik telah merasai nikmat bahagianya dunia ini,
seperti berada diawangan bintang berwarna-warni yang berkelipan indah di setiap malam..
Ibu...
Hati adik selalu tersepit didalam permasalahan,
adik seperti lemah dalam penyelesaian masalah walaupun masalah itu sebesar zarah..
Adik juga telah merasai kehidupan bermusuhan,
ia seperti hati tidak tenang walaupun berseorangan tanpa kawan..
Ibu...Adik ingin sekali untuk meluahkan isi hati ini kepada semua,
tapi apa akan daya adik untuk semua ini,adik seperti manusia yang sangat lemah...
Ibu...
Adik tidak dapat bayangkan kalau dunia ini tanpa perasaan,
seperti hamba abdi yang selalu di arah oleh tuannya atau dicaci serta-merta jika
hamba abdi melakukan kesilapan...
Ibu...
Adik ingin berjaya,berjaya didalam kehidupan mahupun
didunia dan diakhirat kelak..Adik ingin membahagiakan Ibu...
Ibu,ketika adik sedih Ibulah ubat kepada duka laraku,menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan,semangatku..
Ibu..
Betapa besarnya pengorbanan mu itu pada waktu dahulu dan sekarang,
Ibu...*sedih*
Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua...
Ibu...
Apabila adik melangkah masuk ke alam sekolah menengah adik masih tidak dapat mencari kawan yang dapat memahami,adik berasa diri adik dipinggirkan oleh rakan-rakan yang lain.Dulu,ketika di sekolah rendah .adik berasa indah+bahagia mempunyai kawan yang amat memahami walaupun bergaduh.Kini,adik terasa selalu terpinggir apabila adik dalam kesusahan tapi mereka selalu ada ketika adik dalam kesenangan,.
Ibu...
adik ingin memberitahu kepada Ibu yang seseorang ini telah menyakitkan hati adik setelah kami tidak lama berhubung walaupun seketika,
seseorang ini jugalah telah membuat hati adik terasa bahagia waktu dahulu..
seseorang ini juga telah menggembirakan hati adik...
Tapi...
sekarang,seseorang ini telah meninggalkan adik dan menyakitkan hati adik..tetapi,adik masih terasa rindu,seseorang ini juga telah berkongsi pendapat ketika dahulu...
Ibu,pinjamkan aku hatimu sebentar, agar ..
aku belajar cara bersabar seperti kesabaran yang engkau miliki ..
Anis tengok balik la kan,ayat yang anis taip ni tak nampak macam sajak,pantun ataupun puisi tapi ia bercerita,bercerita dalam dua keadaan dan ada sesetengah cerita anis merapu seseorang --"..anis telah tulis cerita ini pada pagi rabu 11 julai 2012,apabila terjadinya satu kejadian...lagi satu kita janganlah ingat hidup ini selalu indah tetapi ada jugak peritnya untuk kita lalui bersama.Anis tidak akan terasa lapar ketika anis dalam keadaan masalah sebab anis selalu fikir macam mana nak selesaikan dengan baik.lagipun,nak PMR anis tak boleh terlalu memikir banyak keadaan diluar sana yang serba serbi memeningkan kepala anis,anis juga selalu mengamalkan Zikrullah untuk ketenangan jika anis dalam masalah..Anis tahu,kawan anis tak ramai yg suka dengan perangai anis dalam diam,anis dapat rasakan walaupun mereka tak mahu beritahu..anis sedih sangat,anis cepat touching walaupun tak kena dengan tempatnya,anis masih boleh bertahan walaupun anis sedih,biarlah orang lain bahagia,asalkan kita tenang dengan kegembiraan orang lain...akhir sekali "Hidup ini tidak selalu indah,Hati ini tidak selalu gelisah" dan Sekian disini dahulu,wabillahi taufiq wal hidayah,wassalamualaikum warahmatu'allahiwabarakatuh dan disertai juga salam uhibbuki fillah abadan abada ♥
"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."inspired ♥
Lain Kali Singgah Lagi tau
No comments:
Post a Comment