Wednesday, 18 July 2012

Kerana Aku Seperti Bola

Assalamualaikum,ahlan wassahlan ya akhi wa ukhti ?dan apa khabar iman kita pada hari ini? okay kah ? atau terganggu dengan masalah,masalah yang selalu menyelebungi diri sendiri...
Tenangkanlah dengan zikrullah...
lawa tak? ni masa lawan Bola Jaring peringkat sekolah bagi zon Balik Pulau tahun 2011
Entah kenapa idea sudah tidak mahu lagi singgah di ruang fikir. Fikiran buntu tak menentu. Mungkin kerana sering sandarkan diri kepada diri sendiri. Tanpa jauh melihat daripada mana sesuatu masalah itu datang dan kepada siapa yang harus kita mengadu. Di mana pergi sistem kepercayaan yang selama ini kita pegang dalam konsep kerangka manusia. Lalu persoalan timbul... Di mana Allah di hati kita?

Tahap kesedaran terhadap sesuatu itu tidak lagi menjadi topik utama. Hanya perasaan yang memainkan peranan utama. Itulah kesalahan dalam menilai sesuatu. Apabila kadar kebergantungan kita saat menghadapi sesuatu ujian itu, tidak kepada yang menciptakan ujian maka kita tidak akan jumpa jalan penyelesaiannya.


Kerana aku seperti bola.
Bola... Boleh disepak ke sana ke mari ikut sesuka hati. Saat diperlukan ditatang dan dijulang. Bila hendak digunakan untuk kepentingan diri orang. Disepak-sepak sesuka hati dalam memenuhi tujuan-tujuan tertentu. Sesudah itu diagungkan kembali, diberi pujian dan perhatian. Ia memperlihatkan kejadian yang sama berulang kali. Berulang kali.

Jangan berhenti berharap
Manusia memang fitrahnya dicipta dengan rasa. Rasa itu mewarnai dunia mereka. Manis, masam, masin, pahit menjadi rencana utama trankripsi kehidupan. Fitrah itu umpama adunan doh, cara fikir dan cara tindak adalah acuan. Ya, acuan yang kita sendiri membinanya atas pengalaman dan ilmu yang kita ada. Adunan doh akan tetap sama, yang berbeza hanyalah bagaimana manusia membina cara fikir dan tindak. Ia membentuk acuan kehidupan atas dasar apa yang kita pilih.

Jangan pernah berhenti berharap dan berusaha. Orang yang berhenti berharap dan berusaha ialah orang yang mempunyai masalah dari sudut keyakinannya kepada Allah SWT. Ditimpa sahaja sedikit musibah, mukanya mencuka dan dijaja seluruh alam buana (facebook dan twitter). Lupa untuk terlebih dahulu mengadu dan berdoa pada Allah tuhan yang bersifat Ar-Rahman. Semacam Allah itu tidak tersenarai dalam papan utama kehidupan. Ingat... pemberi ujian, padaNya juga ada ubat penyembuhan!.

Hakikatnya ujian yang kita perolehi adalah asalnya berpunca daripada kita sendiri. Dosa dan kesalahan yang kita buat sam ada disengajakan atau tidak. Sebab itu dianjurkan kita untuk muhasabah atas setiap perkara yang telah kita lakukan. Tanya pada diri;

"Apakah kesalahan yang aku buat pada hari ni?"

"Kenapa aku berbuat dosa demikian?"

"Bagaimana caranya aku hendak perbetulkannya kembali?"

Menilai Keadilan Atas Hikmah

 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Ilmu kita yang terbatas, tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas. Kita biasanya tidak nampak yang dekat tetapi selalu saja mengimpikan yang jauh. Padahal yang dekat itu adalah permulaan kepada yang jauh.

Hidup ini satu pilihan
Kali ini otak ligat berfikir khususnya tentang perlakuan yang kita lakukan setiap hari. Soal ini akan terus menjadi satu kemestian setiap kali kita melangkah dalam arena kehidupan. Ia adalah sebuah pilihan dalam meniti kehidupan. Benarlah madah bijak pandai, hidup ini adalah satu pilihan. Ke mana arah yang kita hendak itulah destinasi yang kita akan tuju. Pendek kata, arah tuju dibentuk daripada kata dalam hati, diacu oleh ilmu, dipandu oleh akal yang waras dan dikukuhkan oleh kepercayaan (iman) yang bersih.

Berbekalkan kesemua modal itu, kita bergerak atas dasar pilihan yang telah kita tentukan. Berdasarkan keyakinan dan ilmu yang ada, isu pilihan inilah yang menjadi intipati terhadap permasalahan kita, khususnya dalam melihat wajah-wajah kehidupan - Bagaimana kita bekerja, keadaan mood persekitaran, ataupun cara kita membentuk ruang-ruang diri terhadap ransangan sekeliling.

Pilihlah beberapa pilihan yang kita ada dalam membentuk acuan kita sendiri. Pilihan yang tidak memerlukan kita untuk membuat pilihan lain yang lebih sukar. Namun, jika sukar sekalipun santunilah ia dengan beberapa pilihan lain. Bujukan dan pengorbanan adalah sesuatu yang perlu. Maka dalam membuat pilihan, berkorbanlah namun jangan sampai terkorban!


Siapa kita untuk menilai orang lain? 
Setiap orang buat salah. Biasa. Itulah manusia. Jangan memilih. 
Berkawanlah dengan semua orang. 
Mereka yang sentiasa mengingatkan kita kepada Tuhan.

*Sebenarnya kita sedang bermonolong didalam hati ketika menaip*Anis memang mempunyai sikap,sikap yang pelik..pelik macam mana?pelik macam suka bising tiba-tiba kalau dah tahap boring,tahap yang agak sunyi.sampai kawan anis tegur "Cuba hang diam untuk seminit" kay,cuba diam,untuk masa yang singkat :) anis selalu ceriakan keadaan,biarkan kesedihan ditepi,kalau difikirkan lagi nanti akan memakan diri,lagi senang nak faham istilahnya,akan sakit hati kalau fikirkan balik .anis akan menaip ketika keadaan tenang,tenang menaip sesuatu yang agak membernaskan minda untuk menggelakan dari stress.anis ambil tajuk ni dekat iLuvIslam sebab tajuk menarik,anis pun ambil la yang menarik untuk dikongsi sesetengah disini.Anis cuba hindarkan diri ini,dari masalah..masalah yang selalu hadir tanpa diduga..tapi semua orang mesti ada masalahkan?so pandai-pandailah bahagikan masalah dan pelajaran atau kerja untuk kita tanggung..Anis sentiasa sayangkan sahabat,sahabat yang sentiasa memahami walaupun anis banyak lakukan perkara yang menyakitkan.so,Sekian disini dahulu,wabillahi taufiq wal hidayah,wassalamualaikumwarahmatu'allahiwabarakatuh dan disertai juga salam uhibbuki fillah abadan abada 


"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."inspired  
                                                                 Lain Kali Singgah Lagi tau

No comments:

Post a Comment