Ahlan Wassah lan,ya ukhti ?
Makanan tengah hari13-05-2012 |
Dakwah ada banyak cara lain.Maka,langkah baik itu untuk Islam.Kita gunakan minat kita untuk Islam.Pastikan,setiap amal kita memberikan manfaat untuk Islam,mernatik lebih ramai orang kepada Islam.Buatlah apa pun,selagi yang mana masih dalam syarak,& pastikan ia bermanfaat untuk Islam...
UKHUWAH.MANIS. orang suka mengangkat ukhuwah di satu tempat yang tinggi.Di dalam kalam,di dalam tulisan,di dalam cerita.Seakan-akan ukhuwah ini adalah satu makhluk yg datang dari syurga.Benar ukhuwah sangat indah.
(Kedalam Ukhuwah) Kata orang,kalau berkahwin,kita bukan berkahwin dengan pasangan saja.Kita 'berkahwin' juga dengan adik-beradiknya,ibu bapanya,saudara maranya.Maka di ditu,kita tidak boleh hidup dalam dunia kita semata-mata.Tetapi kita juga perlu memerhatikan sekeliling kita,mengambil berat kepada semua,menjaga hubungan dan berusaha mengajak semua kembali kepada Allah S.W.T.Kalau benar cinta kita kepada pasangan kita,maka itulah yang kita perlu usahakan.
(Keindahan Ukhuwah) Apa yang terhasil daripada perkara ini adalah ketsiqahan(kepercayaan) antara dia dengan kita.Ini adalah antara projek menawan hati yang paling berkesan.Siapa yang tidak senang melihat seorang sahabat mencintai keluarga sahabatnya? Bahkan saya sendiri amat menyenangi sahabat-sahabatnya yang merapati keluarga saya,bukan saya sahaja. Ukhuwah menjadi semakin erat dan sukar dipecahkan.Tambahan apabila hubungan ini menjadi sangat erat hingga ibu bapa mereka memandang kita sebahagian keluarga mereka sendiri.
Secara tidak langsung,kita telah melebarkan jalur ukhuwah berasakan keimanan ini kepada teritori yang lebih luas.Bermula satu individu,bercambah kepada individu yang lain.
Jangan menunggu cinta baru berta'aruf
tapi berta'aruflah, insya Allah cinta hadir dalam redhaNya...
tapi berta'aruflah, insya Allah cinta hadir dalam redhaNya...
"Kalau benar hendak sebar Islam seluas mungkin,dua perkara yang perlu kita cantas dari diri kita adalah 'malu untu sebar benda baik' dan 'takut nanti orang kata apa'."
(Hati Tertaut Itu Berbeza) Dua hati yang telah bertaut itu berbeza dengan dua hati yang tidak berhubung.Hatta seorang penceramah yang baik pun,adalah penceramah yang membina jambatan hati dengan masyarakat semampunya.Walaupun mungkin dia tidak membina jambatan hati dengan seorang demi seorang delam masyarakatnya.
Ibarat orang yang bercinta,berbeza bukan dengan orang yang tidak bercinta?Begitulah hasiknya apabila dua hati berhubung.Bicara akan lebih mudah didengar,pendapat akan lebih mudah diperbincangkan,dan hati akan lebih tenang dalam menerimaDiterbit oleh; Hilal Asyraf
"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."inspired ♥
Lain Kali Singgah Lagi tau
No comments:
Post a Comment