Assalamualaikum :) minggu ni anis nak kongsikan kisah percintaan seorang ulama yang bernama Ibn Hazm dengan seorang gadis pemalu.
Gadis itu cinta pertama Ibn Hazm.Ya,Ibn Hazm adalah seorang ulama.Tetapi beliau juga manusia biasa yang punya rasa cinta.Malah kisah-kisah cinta remajanya sama saja dengan kisa-kisah cinta remaja biasa.Gadis pertama yg dicintainya berusia 16tahun sedangkan dirinya sendiri ketika itu berusia 18tahun. Ibn Hazm benar-benar jatuh cinta dengan pemilik rambut perang itu.Gadis itu begitu cantik di pandangan matanya dan baik budi pekertinya malah pandai pula menyanyi.
Kegilaannya terhadap gadis itu menjadikan Ibn Hazm seorang perindu yang setia.Setiap hari,beliau akan menunggu gadis itu melintasi rumahnya.Apabila menyedari dirinya menjadi perhatian seorang lelaki,gadis itu pula akan malu-malu dan wajahnya merona merah.
Ibn Hazm menulis mengenai cintanya terhadap gadis itu di dalam salah sebuah bukunya,"Saya masih ingat,kerana kegilaan itu,saya selalu mengujungi halaman rumahnya.Saya selalu mahu menuju pintu rumahnya supaya saya boleh berada dekat dengannya.Apabila dia melihat saya berdiri dekat dengan pintu rumahnya,dengan lemah lembutnya dia akan menjauhi saya dan pergi ke tempat lain.Lalu saya pun mengekorinya."
Namun kisah cinta itu tidak berpanjangan.Ketika usianya 20 tahun,Ibn Hazm mengikut keluarganya berpindah ke Cordova Barat.Betapa beratnya hati Ibn Hazm untuk meninggalkan gadis pujaannya itu.Namun beliau juga tidak mempunyai kuasa untuk menghalang.Kesedihannya semakin bertambah apabila tidak lama selepas itu,Ibn Hazm mendapat berita,gadis itu telah meninggal dunia.Aduhai....hancurnya hati menerima berita itu.Kelembutan dan kebaikan pekerti gadis itu serta merta bermain di matanya.Namun hanya doa yang mampu dikirimkannya.
Ibn Hazm berkata,"Demi Allah,sehingga kini kesakitan akibat pemergiannya itu masih belum sembuh."
Katanya lagi,"Seandainya aku tidak yakin dunia ini tempat manusia diuji dan syurga pula adalah tempat mengutip ganjaran,aku akan mengatakan,hubungan antara sepasang kekasih adalah kebahagiaan tanpa kemurungan,kegembiraan tanpa kesedihan,kesempurnaan cinta dan puncak harapan."
"Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi.."
"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."inspired ♥
Lain Kali Singgah Lagi tau
No comments:
Post a Comment