Assalamualaikum,ahlan wasahlan ya ukhti & akhi ?
Syukur alhamdulilah,peperiksaan pertengahan tahun hampir selesai.Tak perlu stress-stress dah sangat,cuti 2minggu ni luangkan sedikit masa dengan aktiviti berfaedah dengan kelas tambahan,al-quran,keluarga dan novel.cuti dua minggu ni juga la ada kenduri kendara ni kan? sepupu anis pun nak kahwin dah 26-06-2012 ni,yg bertunang tahun lepas tu dengan jejaka pilihannya itu yea...bertama-tema la jawabnya nanti ni.Ingatlah belajar rajin-rajin untuk masa hadapan dengan niat kerana Allah S.W.T dan jangan lupa muhasabah diri sebelum tidur tu,yeea.
Dan ingatlah Wanita menunjukkan kecantikan dan kejelitaan mereka dalam berbagai-bagai cara.Inilah yang terjadi pada wanita zaman dahulu dan zaman sekarang. Sedangkan Allah telah meminta wanita dalam keluarga Nabi seperti isteri-isteri dan anak-anaknya tidak melakukan pendedahan aurat seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliah.
Firman Allah SWT bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap di dalam rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliah......" -Al-Ahzab : 33
Menurut Qatadah, wanita jahiliah berjalan dengan gaya yang ghairah dan mempersonakan. Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan kain selendang diatas kepala tanpa mengikatnya sambil memain-mainkan rantai-rantai dilehernya, subang dan perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang menggoda serta bebas bergaul dengan kaum lelaki.
Oleh itu wanita Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. Gaya wanita jahiliah tidak sepatutnya menjadi ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenar yang dituntut terhadap wanita Islam untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-nunjuk seperti berikut :
Menundukkan pandangan. Sesungguhnya semulia-mulia perhiasan wanita adalah kesuciannya dan cara menunjukkan kesuciannya ialah dengan menundukkan pandangan seperti firman Allah SWT yang bermaksud : "Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannya," -An-Nur : 31
dan sesungguhnya Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang bertaubat kepada Allah Ta’ala sebelum matahari terbit dari barat, (maka) Allah menerima taubatnya.” [2323] Sahih Muslim ...
Anis sekadar berkongsi ilmu di sini dan juga anis ingin membaiki diri anis yang jahil ini dengan lebih baik,dari hari ke hari dengan post-post di laman sosial ini.Dan satu la ingatlah Bila masa perpisahan itu berlaku kerana ALLAH..maka, yakinlah ALLAH telah menuliskan yang terbaik untuk kita..usah terlalu berduka cita kerana ALLAH tidak akan menzalimi hambaNya..maka jadikan sabar dan solat itu sebagai penolongmu..dan diakhirat kelak nanti... ✿ Jika pertemuan itu kerana Allah✿...
IMAM GHAZALI :
'' Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan,
tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya. ''
Lagi satu,blogging bukan kerja mudah bagi anis..okay,setakat sini dulu anis nak berhenti menaip sebab no-idea to display at here :D hehe,bye dan assalamualaikum dengan disertai salam ukhuwah fillah abadan abada ♥
"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."inspired ♥
Lain Kali Singgah Lagi tau
No comments:
Post a Comment