Assalamualaikum.
Cinta yang lahir dari hati nurani sebagai seorang insan ialah cinta kepada Allah. untuk mendapatkan satu lagi cinta iaitu cinta manusia sangat merumitkan. jika seorang lelaki itu gagal mencintai Tuhannya,maka dia akan gagal untuk memimpin isteri serta anaknya ke dalam syurga. hermmm. tak salah sebenarnya kita nak mencintai makhluk Allah tapi pastikan ilmu di dada sudah cukup untuk memiliki seorang teman hidup."aku inginkan seorang lelaki yang soleh" "aku mahukan lelaki yang baik" "aku hendak lelaki yang jaga waktu solatnya" ya,semua yang bergelar kaum Hawa mengimpikan suami yang cukup pakejnya. satu hal yang perlu kita soalkan dalam diri kita "LAYAKKAH AKU ??" jodoh setiap orang memang sudah ditetapkan oleh Allah sebelum kita melihat dunia lagi. tak salah sebagai seorang Muslimah memperlengkapkan diri dgn ilmu sebelum bergelar seorang isteri yang menjadi peneman setia si suami.
"Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah SWT. He will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time." :')
Jujur aku katakan,aku suka mencintai seseorang dalam diam. aku akui,dulu aku pernah tersilap langkah dalam menjalinkan hubungan cinta. tapi,tidak lagi sekarang. aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. apa yang terjadi dahulu aku jadikan iktibar paling besar dalam hidupku. sungguh,aku berasa bersalah kerana masih belum mampu mencintai Kekasih yang sebenarnya. selama ini,aku cari cinta bukan berlandaskan apa yang sepatutnya. Alhamdullilah,kesedaran bercambah dalam hatiku sehingga kini.
Ajal,maut,jodoh dan pertemuan ada di tangan yang Maha Kuasa. sungguh pun kita mencintai seseorang,buatlah solat Istikarah sebab mungkin dia bukan untuk kita yang sebenarnya. hanya batas waktu yang memisahkan dan menemukan seseorang. aku rela menunggu dan mencari asalkan dengan redha Allah,aku mampu mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. biarlah Dia sahaja yang mengetahui siapa di hatiku. kalau bukan lelaki itu sekali pun untukku,pasti ada yang lebih baik telah diutuskan untuk menjadi pelindungku. Wallahualam
:) best
Kahwin ke belajar ? -Semanis Kurma episod 14-
"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."inspired ♥
Lain Kali Singgah Lagi tau
No comments:
Post a Comment