Assalamualaikum...
Ya Allah,engkau berikan kepadaku sekeping hati yang lemah hingga aku tidak pandai membela diriku.Aku sering tertindas dengan situasi.Aku mudah dipersalahkan namun tidak tahu mempersalahkan orang.Aku benar-benar berasa walah.Wahai Tuhanku,aku mahu menjadi diri sendiri.Diri yang memiliki kekuatan dan keberanian.Diri yang mampu memberi keadilan kepada diri dan orang di sekelilingku.Aku tidak mahu lagi dizalimi,aku tidak mahu diperlekeh.Aku tidak mahu orang memandang diriku sebelah mata.Aku mahu menjadi manusia yang hebat.
Wahai Tuhanku,aku bukanlah para sahabat yang hidup di zaman baginda Muhammad S.A.W.Aku bukan pahlawan Badar dan Uhud.Aku bukan para soldadu yang berjuang di medan Khandaq.Namun,aku memohon supaya sedikit keberanian mereka dicebisi untuk meresapkan ke dalam nubariku.Tuhan,aku benar-benar mahu berjuang...Untuk membangunkan diriku yang dhaif ini.....Aku diam kerana diam itu memberikan lebih makna dan rasa daripada kata-kata yang lahir tanpa sebarang fakta.Aku pandang,kerana pandangan itu lebih pantas meresap ke jiwa daripada retorik suara yang bersifat gema.
Entah sudah berapa hari aku meninggalkan pulau kecewa.Entah sudah berapa hari aku tersadai di pulau sepi.Kisah semalam masih segar,sehingga buah-buahan kenangan tersembul dikiri kananku.Mendesak aku memetiknya dan mengukap sesuatu.Aku mencapai puntung kayu halus,bergegas ke pinggir pantai.Kuturut rentak melodi ombak menghempas pantai.Dipasir ku tulis sesuatu.Ku bacakan kalimah demi kalimah .
"Sebaik-baik wanita adalah yang jika engkau memandangnya membuatmu rasa senang,dan jika engkau menyuruhnya(akan sesuatu hal,nescaya)dia taat kepadamu ..."(Riwayat Abdullah Bin. Humaid)
P/s: dalam bulan empat sekarang sudah bermulanya untuk kelas tambahan malam(PDCA) so tidoq pun lambat la atas sebab siapkan homework yang bergunung-ganang tu,tapi tiada yang istimewa pun entri minggu ni :')okay lah ketot ja entri kali ni,bye dan Assalamualaikum and one more Salam Ukhuwah Fillah*jaga kesihatan tau*
"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."inspired ♥
Lain Kali Singgah Lagi tau
No comments:
Post a Comment