Friday, 13 April 2012

Pesanan buat diriku dan dirimu

Assalamualaikum,ya akhi,ukhti wa akhawati..Khaifa haluka?
*dalam memprosesan belajar bahasa arab*-_-"
#Perkongsian untuk orang yang tengah baca ni ;')
Kepada Bakal Suami,
Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hati kamu.
Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercala

Kepada Bakal Isteri,
Andai purdah menjadi pakaian kamu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan kamu sesuai dengan malu yang ada pada dirimu. Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Lelaki yang soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain. Pilihan ditangan kamu.

Kepada Bakal Suami,
Jika kamu memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus
istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu boleh berubah dek kerana faktor sekelilingnya. :)

"Wahai golongan wanita,bersedekahlah dan banyaklah beristighfar kerana aku melihat kamu semua sebagai kebanyakkan ahli neraka"
(muttafaq'alaih)

SUAMI MACHO adalah suami yang pandai menjaga hati isteri dan anak-anaknya dan hanya bertegas jika hanya berlaku hal-hal yang menyalahi agama.SELALU kita baca dan mendengar kata-kata isteri kena taat pada suami,alhamdulillah.... itulah suruhan agama tetapi diri kita sendiri sebagai suami adakah taat juga pada isteri dengan menundukkan pandangan dari memandang hal-hal yang dapat melukai hati isteri dan membuat hal-hal yang menyedihkan hati isteri. 

Belajarlah untuk LEMBUTKAN hati kita dan MEMAHAMI hati isteri......kesihanilah mereka kerana isteri yang taat itu selalunya mereka lemah lembut dan memendam perasaan sendiri.... hanya ada air mata sebagai peneman....tidak berani untuk membantah kerana mengharapkan redha suami tetapi JANGAN sesekali rasa bangga dengan KUASA VETO yang Allah berikan kepada kita sebagai suami dan menggunakannya sebagai PERISAI untuk MELINDUNGI KELEMAHAN DIRI KITA SENDIRI yang kadang-kadang leka dan hanyut dengan godaan dunia yang pelbagai bentuk dan cara sehingga kita terlupa MENGHARGAI orang yang paling dekat dengan kita iaitu isteri dan anak-anak kita. INGATLAH....ISTERI SOLEHAH LEBIH BAIK DAN MULIA DARI BIDADARI SYURGA
P/s; aku hanyalah sederhana orangnya,tidak pandai dan tidak bodoh,tidak kaya dan juga tidak miskin...

"Salah satu tanda kasih Rasulullah terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita."

"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."inspired  

                                                                       Lain Kali Singgah Lagi tau

No comments:

Post a Comment