Saturday 14 January 2012

Fakta Diri Siapa?Perasaan


sorry loading lambat sangat...
 Assalamualaikum,para blogger & pembaca setia yg tak berapa nak setia 

aku anis tapi nama penuh aku Hanis dan bermaksud Kuat dan Berani. Tapi aku kuat kah? berani kah? untuk menghadapi cabaran hidup ini? aku tidak tahu apa yang akan berlaku pada aku pada masa akan datang yang menghampiri aku selama ini,adakah satu ujian? kehidupan juga adalah satu ujian dalam lumrah manusia,kita hanya perlu berdoa dan minta pertolongan supaya perjalanan kehidupan kita akan dipermudahkan tidak lama lagi,insyaAllah
aku hanya gadis biasa yang ingin mengecapi sesuatu impian yang realiti dalam hidup aku,andai aku pandai bermadah seperti ini selamanya,mungkin suatu hari nanti aku akan menjadi seorang sasterawan tapi aku tidak lah sebijak mana yang kau sangka itu,aku seperti cikgu Asrul diperkatakan"Tidak Basah & Tidak Kering" kau tahu maksud dia?mungkin kau tahu,dan itu lah aku sebenarnya,dan aku bukan ingin menjadi seorang sasterawan tetapi impian aku ingin menjadi Polis(PDRM) untuk mempertahankan negara aku ini untuk membanteras jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia ini.aku juga tidak lah stylish macam model yang dipertonjolkan dalam majalah itu,aku hanya biasa atau simple dan aku hidup dalam keadaan sederhana.dan aku teringin nak berkawan semua orang tetapi aku malu dengan segan kerana aku tidak lah secantik korang sangka kan,aku hanya berbadan sederhana besar,berpipi tembam dan aku tidak pandai bergaul sangat dengan orang kaya seperti orang lain aku suka bersederhanaan .
Aku mempunyai ramai orang kawan tetapi aku tidak tahu yang mana satu kawan sebenar-sebenarnya bersama aku dalam keadaan susah ataupun senang,aku perlu cari seorang kawan yang memahami masalah aku selama ini.aku sememangnya suka meluahkan perasaan didalam blog ini kerana ia dapat menenangkan aku dalam keadaan kesunyiaan :) 
adakah kau ingat perkataan ini sebelum berkenalan?18.6.2011 ||aku suka dengan seukir senyuman,gelak ketawa yang engkau lemparkan pada aku pada hari atau bulan yang lepas,ia dapat tenangkan jiwa aku yang dalam keadaan kekalutan.sejak itu juga lah,aku sentiasa senyum walaupun tengah marah :) itu perkara yang lepas dan hanya kenangan bagi aku...
okay,FULLSTOP tak bermadah dah,pening aku duk cari idea untuk menaip tadi tukar perkataan balik,anis memang suka merepek sorang sorang bila suka menaip ni macam dalam dunia lain sekarang ni...mesti korang susah nak faham kan apa yang anis taip tadi tu?sorry sebab terlalu panjang macam nak buat karangan *hehehe...maaf jugak sekiranya korang tidak faham.anis memang suka jiwang jugak,semua ada dalam diri anis ni :D dan terakhir sekali  no one is perfect in this world muhasabahlah diri sebelum tidur dimalam hari mu itu & salam ukhuwah fillah(missoshi) dan Assalamuaalaikum para pembaca dan akhiri dengan senyuman:) 

"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah." 
                                                             Lain Kali Singgah Lagi tau



No comments:

Post a Comment