Thursday, 3 January 2013

Ukhuwah Semanis Pertemuan

Assalamualaikum,ya akhi wa ukhti.. ahlan wasahlan ? harap iman masing-masing sentiasa dalam keadaan stabil :D bermonolog dalam hati itulah kita kerana kita sedang baca dengan hati.*betol ka :o


Bersahabatlah sampai ke syurga walaupun peritnya dengan pelbagai kelakuan
namun,aku sabar untuk mengetahui/menyelami hati dan perasaan sahabat ku,walaupun diri sendiri disakiti tanpa disedari oleh kamu sahabat :) 

Biarlah mereka tidak nampak kehadiranku,biarlah mereka sendiri menyedari kehadiranku yang sebenar-benarnya.

Aku bukanlah ingin kehinaan tapi kebahagiaan bersama sahabatku sampai ke syurga.
Sahabat,jagalah akhlakmu biarlah beradab/sopan .. Jangan sampai kelakuan mu sampai menjadi perbualan orang ramai. Biarlah sahabat sahaja mengetahui sikapmu.
Sahabat,biarlah kita bersederhana dimata orang ramai janganlah angkuh/berlagak kerana itulah sikap tidak disukai Allah s.w.t ..

Aku sahabatmu hanya ingin menegur mu sahabat tapi apa kan daya aku untuk menegurmu..Selama ini aku menegur untuk kita,sahabat .. Aku menegurmu kerana aku menyayangi kamu sahabat..

Keindahan bersahabat biarlah kita lalui bersama-sama.

Senyumlah walaupun dihina dan jangan menunggu bahagia untuk tersenyum tapi tersenyumlah bagi menyambut kebahagiaan. Senyumlah selalu walaupun hati sedang menangis.

Monolog Hati Oleh Sahabatmu,
Nur Hanis Bt. Azmi.

"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."inspired  

                                                                 Lain Kali Singgah Lagi tau


No comments:

Post a Comment