Friday, 1 June 2012

Indahnya Hidup Ini Jika 2 Insan Bertemu

Assalamualaikum...Ahlan Wassahlan?
Muhd.Iffat berlari*masa kenduri kak Iqin dalam surau komplek sukan*
Akhi Fillah..
Maafkan aku seandainya aku menjadi fitnah pada dirimu..
Maafkan aku andai aku menjadi asbab goyahnya semangat  jihadmu..
Maafkan aku andai aku pelemah prinsip perjuanganmu..
sungguh aku tidak ingin semua itu berlaku..
Kerana kau mujahid muda..
Kerana kau pembela agama..
Kerana kau penerus risalah nabawiah..

Akhi Fillah..
Ku telah melabuhkan pakaianku agar terjaga pandanganmu..
Ku cuba menjaga  ikhtilatku agar tinggi kehormatanmu..
Ku cuba  menegaskan suaraku agar terkawal  hatimu..
Ku cuba  untuk tidak menyapamu agar terpelihara imanmu..
semua telah ku cuba lakukan..
Demi martabat mu..demi maruahmu…

Akhi Fillah..
Usah kau tewas dengan fitnah kaumku..
Kerana nilaianku padamu adalah..
sejauhmana teguhnya hatimu..
Sejauhmana tingginya prinsipmu..
Sejauhmana luasnya nilai agamamu..
Agar kau tidak tersunggkur dalam jurang fitnah..
Agar kau tidak tewas dari panahan mata ..
Agar kau tidak rebah dari hasutan nafsu durjana..
Dari insan  yang bergelar hawa..

Akhi Fillah..
Mengertilah..
Aku tidak ingin tergolong..
Sebagai fitnah terbesar akhir zaman..
Tewasnya syabab-syabab harapan..
Sebagaimana sabda rasul junjungan…

Indahnya seorang wanita jika ia menutup aurat sepenuhnya...
*We Also Can Be A Good Khalifah*

Gadisku, 

Menyintai ALLAH DAN RASUL MELEBIHI CINTA TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA YANG HAKIKI DAN ABADI.....

Berjauhan bukanlah sebab utama untuk saling merindui.Akan tetapi,kedekatan hati,ingatan berterusan dan perasaan memerlukan,itulah yang menerbitkan kerinduan walau sebenarnya antara kita dan orang yang dirindui amatlah dekat,bertemu setiap saat.
Sekiranya,itu yang kita rasakan terhadap orang yang dikasihi,maka apatah lagi terhadap Allah S.W.T,Rabbul Izzati yang selayaknya kita serahkan kerinduan ini.
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ 
Maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami tlah mnciptakan manusia & mngetahui apa yg dibisikkan oleh hatinya,& Kami lebih dkt kpdnya dri pda urat lehernya."(surah Qaaf ayat16)

Justeru,muhasabah diri seandainya ketika dikelilingi tangisan orang lain usai solat,berzikir dan membaca Al-Quran,kita hanya termangu-mangu melihat dan bermonolog sendiri.

"Mengapa mereka sampai menangis? Sedang aku sedikitpun tidak merasa sedih?"
Tatkala itu,mmenangislah kerana itu mampu menangis kerana bimbang Allah S.W.T sudah "menutup hati"dari merasakan kehangatan cinta,kasih dan rindu kepada-Nya.
Menangislah,kerana hakikatnya jiwamu sedang menderita'sakit' ...
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi...

Sekian,wabillahi taufiq wal hidayah,wassalamualaikum warahmatu'allahiwabarakatuh dan disertai juga salam uhibbuki fillah abadan abada 

"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."inspired  
                                                                 Lain Kali Singgah Lagi tau

No comments:

Post a Comment