Assalamualaikum,khaifahaaluka? sihat? :)
Aku ingin sekali berbicara denganmu namun aku malu, kerana aku seorang wanita. Aku tegar dalam menjaga hatiku kerana aku tahu sendiri bahawa hati wanita itu selembut kapas. Kerana wanita itu punya perasaan ingin dibelai dimanja. Seandai kamu tahu, bahawa setiap bait kata seorang lelaki itu mampu mengugat hati seorang insan bernama wanita. Seandainya kau berada ditempat aku atau wanita lain pasti kau merasa, pasti kau menjaga setiap bait katamu. Kerana bimbang kata2mu itu mampu mengugat hati wanita itu.
Aku punya impian, mahu setia pada satu lelaki bergelar suami, bukan pada lelaki bergelar sahabat, bukan pada yang bergelar kekasih yang sememangnya tidak halal buatku. Ya ! aku tak setia sekarang. Dan aku akan setia. Setia selepas akad. Kita berkenalan selepas akad. Bercinta selepas akad. Aku mahu begitu. Bukan seperti fenomena sekarang segalanya sebelum nikah. Jadi apa yang tinggal selepas nikah?
Kau? setia pada seorang yang tidak halal bagimu. Itu sia-sia jika benar kau mencintai dia dan dia juga mencintaimu kerana Allah pasti telah bersatu dalam satu ikatan yang suci. Kata orang sekarang.. “ saya memang nak kawen ngan dia tapi ibubapa kami masalahnya”
Ibubapa mana tidak mahu anaknya berjaya. Menghalang bersebab. Jika itulah yang terjadi mohonlah pada Allah. Agar dipelihara hati keduanya agar bersatu dalam restu ibubapa dan dalam redha Allah. InsyaAllah pasti Allah permudahkan.
Berbicara soal ini kadang meyesakkan jiwa aku! Namun kata sahabat itu sering menerpa fikiran. “ jangan sisihkan cinta”. Namun sekarang aku lebih selesa diam dan senyum. Sedih sakit itu biasa. Buat apalah nak fikir. Ada hikmahnya juga. Dah dia bukan untuk aku, aku terima mungkin ini sekarang bukan waktunya. Mungkin Allah sengaja, melakukan itu kerana dia tahu kau dan aku sedang belajar memperbaiki diri. Sedang membina jalinan cinta denganNya sebelum aku dan dia mencintai satu dengan yang lain.
Bohong! Memang bohong jika aku katakan, sepanjang aku merawat hati ini, menjaga hati ini, hatiku tidak merasai perasaan itu. kadang kata hati meronta ingin seseorang untuk mengasihi diri ini. Ku persembahkannya pada Ilahi, kuceritakan pada ilahi dengan lingan air mata. Akhirnya aku tenang, ikhlas. Redha atas ketentuan nya.
saat saya lihat wajah kamu, saya merasa kamu biasa-biasa saja, saya langsung tak terpaut pada wajah kamu, tapi pada ilmu kamu, namun saya sedar, ramai yang meminati kamu dan sekarang manusia juga lebih memandang ke arah itu. andai kamu tahu, saya selalu doakan kamu, kamu yang tak pernah tahu .. dan biarla itu terus jadi rahsia :)kerana aku seorang wanita biarla hanya aku dan DIA saja yang tahu tentang perasaan ini..
"..Jangan terlalu mencintai seseorang kerana kelebihannya kelak takut kau tak bisa menerima kekurangannya.." -_-"
"..sepanjang dua minggu nie, persoalan tentang cinta, seakan hilang dari minda saya, sebab dah penat. tapi kadang-kadang rasa tu datang tiba-tiba dan saya hanya tersenyum, saya bahagia sekarang kerana Allah.:)
Terima kasih atas semua rasa,meski tanpamu aku mampu berdiri,bangkit,memelihara rasa hati ini.
♥ saya dah boleh terima seandainya tiada kamu untuk saya didunia ini ♥
“lelaki akan kata pada perempuan, perempuan akan kata pada lelaki.. benda nie takkan habis. sebab pengalaman masing-masing, segalanya ketentuan Allah”:)
Tapi maafkan saya, jujur cakap untuk percaya kata-kata lelaki itu susah untuk saya. Mungkin ada yang jujur tapi buat masa sekarang, tidak .. Mungkin satu hari nanti Allah bukak hati saya untuk kembali bukak hati saya ♥”
lelaki soleh itu digalakkan menikahi perempuan yang tak solehah,
perempuan solehah itu tak digalakkan menikah dengan lelaki yang tak soleh
Agar lelaki itu mampu membimbing aku ke syurga♥ Aamiin... InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment