Saturday 25 February 2012

Tidak Salah Cantikkan Diri

jika jantung ini berhenti berdegup jangan lupa doakanlah untukKu
"Mulakan hari dengan senyuman,aturkan langkah dengan keyakinan,akrabkan hati dengan Tuhan rapatkan diri sesama insan." 
Assalamualaikum,sekarang ramai yang sudah tahu kecantikan itu benar-benar telah menjadi pilihan kita semua dan sebagai manusia semestinya fitrah kita ialah menyukai setiap perkara yang lawa-lawa.Bukan tertakluk kepada wanita shj.Ini adalah fitrah asasi kita sebagai seorang manusia.Namun Begitu,tidak hairanlah,berapa ramaikah pasangan yang sama cantik,kacak dan seksi tetapi tidak bahagia bahkan bercerai-berai? Ada juga pasangan yg memang bertuah dapat mengorat dan menikah seorang lelaki dan wanita yang sangat cantik dan menjadi kegilaan ramai,tetapi gagal mencintai pasangan masing-masing,dan ada sanggup mencari cinta lain di luar rumah tangganya? Pastinya keadaan ni tidak hairan lagi. Apakah kecantikan itu salah dan telah menipu manusia,atau adakah setiap orang perlu menjaga kecantikan masing-masing supaya duni ini dikelilingi oleh kecantikan,ataupu apakah salah menjadi cantik dan berusaha mencari kecantikn? Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sesungguhnya Allah itu cantik dan amat suka kepada kecantikan."          (Riwayat Muslim)

"Senyum dan cerialah kerana ahli syurga itu juga adalah mereka yang berwajah riang dan memancar sinar kegembiraan."-Anis-
Kita tidak salah menjadi cantik bahkan perlu bersyukur di atas kecantikan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT itu. Dan berusaha menjadi cantik juga tidak salah asalkan usaha ke arah mencantikkan diri itu selari dengan peraturan Islam.Hal ini,pastinya ramai tertanya-tanya apakah Islam itu selari dengan kehendak kecantikan?Maka untuk mengetahui perihal ini,kita perlu merenung seberapa banyak pendapat yang bersangkutan dengan jenis kecantikan yg kita usahakan..Jangan katakan Islam hanya membenarkan minyak atar shj,mmberus gigi dengan siwak shj,atau bercelak dengan celak Arab semata-mata.Kalau beginilah keadaannya saya yakin,pandangan terhadap Islam dan usaha ke arah mewujudkan kecantikan itu telah disempitkan.Dan anis ambil ayat ini sebagai rujukan orang-orang yang memerlukan,dan setakat sini sja,kbai dan Assalamualaikum.....Tiada ungkapan jiwa jika tiada warna-warni dalam kehidupan seharian kita selama hidup di atas muka Bumi ini.

"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."inspired  
                                                             Lain Kali Singgah Lagi tau

No comments:

Post a Comment