Friday 18 November 2011

Awak,hubungan jarak jauh itu apa?




Awak. 
Dia duduk termangu.
Matanya memerhatikan setiap orang yang lalu.
Hatinya sedingin salju.
Walaupun mentari memancar terik hingga menghanguskan bulu.

Awak.
Ada yang tersenyum sipu.
Ada yang muka merah malu.
Ada yang buat tidak tahu.
Ada yang perhatikan dia balik - seperti dia dungu.
Ada yang buat muka sayu.
Ada yang mencebik bagaikan dia mengganggu.
Tetapi dia hanya buat muka seperti tiada apa yang berlaku.
http://25.media.tumblr.com/tumblr_lflzwf0KiI1qaecyko1_400.png
Awak.
Hubungan jarak jauh adakah satu halangan?
Hubungan jarak jauh adakah satu ujian?
Hubungan jarak jauh adakah satu cabaran?
Hubungan jarak jauh adakah satu rintangan?
Hubungan jarak jauh adakah satu beban?
Hubungan jarak jauh adakah satu kebolehan?
Hubungan jarak jauh adakah satu tapak menguji keyakinan?

Awak.
Kasih sayang itu penguat percintaan.
Percintaan bermula dengan persahabatan.
Salahkah dalam percintaan masih mampu mengekalkan persahabatan?

Awak.
Dalam percintaan, dia belajar apa itu keyakinan.
Yakin untuk terus menunggu awak yang mungkin hanya bayangan.
Yakin untuk terus percaya yang dirinya tidak akan dipersiakan.
Yakin untuk terus berdoa agar kekal menjadi pasangan.
Yakin untuk terus berusaha menggapai impian.
Yakin untuk terus mengejar kejayaan.

Awak.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai kesetiaan.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai kerinduan.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai keyakinan.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai pertahanan.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai kesabaran.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai kesakitan.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai kebahagiaan.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai kesedihan.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai kegembiraan.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai setiap perasaan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgScYZ1_GHmWCyFrRnvBeYlyozpR5Mtb1hW7zd3JkKXr1osloihnmbaVbPj4MfSoxfLCK_12Mpr8SPbn5EUU5akoGuuDsP6K6cZP-kUUdgmFQrZia5e1WazlpUDkZeCCSXFAS1wpS0bqUc/s1600/strawberrytelle.tumblr.png
[Sumber gambar]

Awak.
Dia anggap hubungan jarak jauh - sebagai cabaran.
Dia anggap hubungan jarak jauh - ada kelebihan.
Dia anggap hubungan jarak jauh - kurang bertemu sebagai satu keistimewaan.
Dia anggap hubungan jarak jauh - satu usaha berterusan.
Dia anggap hubungan jarak jauh - menjadikan kata-kata orang hanyalah dengungan.
Dia anggap hubungan jarak jauh - percintaan yang perlu dikekalkan.
Dia anggap hubungan jarak jauh - menjadikan dia lebih matang dalam membuat keputusan.

Awak.
Dia berterima kasih pada teknologi.
Menghubungi awak yang jauh di mata, bukanlah benda yang rugi.
Berbual dengan awak semudah dia bangun pagi.
Bercakap dengan awak bagaikan awak dan dia berkongsi bantal dan mimpi.
Menatap satu sama lain hanya ditapis oleh paparan nipis lutsinar beberapa inci.
Menghantar ciuman terbang (baca : flying kisses) sentiasa hingga masing-masing senyum nampak gigi.
Dan banyak lagi.

Awak.
Dia masih lagi bertahan.
Dia masih lagi enggan mahu lihat orang kata kasihan.
Dia masih lagi pandai berpura tahan kepahitan.
Dia masih lagi tahu bagaimana mahu mengecapi kegembiraan.
Dia masih lagi mahu ukir senyuman.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxGnzNUZ4MIVSPBLRvThaIIwLwwMD8DDWennTxxsVOEl2Wyj8MgWK4npWW09eUAVjs-kUIli83JcGRpkBGhhrU0YUAdyqwD3yHRviULcHma_BbZ4Tf08uQTnn9rWWIIQtqimqCD7uqmQU/s1600/strawberrytelle.tumbxlr.png
[Sumber gambar]

Awak.
Dia mohon agar awak tidak pernah mahu meluka.
Dia mohon agar awak tidak pernah mahu biarkan dia menderita.
Dia mohon agar awak tidak pernah mahu merosakkan segala.
Dia mohon agar awak tidak pernah mahu meninggalkan dia.
Dia mohon agar awak tidak pernah mahu putus cinta.
Dia mohon agar awak tidak pernah mahu lupakan rasa bahagia.

Awak.
Dia mohon agar awak dan dan dia serasi bersama.
Sentiasa. 

                                                             Lain Kali Singgah Lagi tau .

No comments:

Post a Comment