Assalamualaikum,ya akhi wa ukhti?
Memang tanpa sedar pertemuan tanpa dirancang,perkenalan tanpa diduga. Kadangkala sukar untuk aku berfikiran waras ketika mengharunginya. Secara tidak langsung,aku sememangnya mempunyai akal fikiran yang dikurniakan olehNya untuk berfikir daripada suka mengikut jiwa(nafsu) dan perasaan. Yang penting aku hanya seorang hamba dan seorang pendosa. Dari seorang pendosa kita mestilah berubahdan mencari hidayah-Nya.
Sejenak aku berfikir,trend sekarang mengapa perlu fikirkan kahwin awal? tergesa-gesa? why? Carilah sebentar, menimba pengalaman. Daripada sekeliling, daripada orang-orang yang telah mendahului kita, daripada orang-orang yang lebih tua, daripada kitab-kitab agama dan penyampaian-penyampaian berkenaan rumahtangga.
Ingat,kita ada matlamat hidup yang lebih besar untuk dikecapi daripada cinta.
Tak mungkin hamba seperti aku tidak boleh berbicara artikel seperti ini. Walaupun aku muda,aku masih mencari. Biar berfikiran matang,walaupun diusia muda.
Aku seorang pelajar dan masih belajar. Belajar bukanlah penghalang aku kepada dakwah. Mengapa? Ini kerana belajar itu juga adalah aset aku atau salah satu medan dakwah. Tak susah untuk menjadi senang. Aku mencuba dakwah dan pelajaran untuk berjalan seiringan.
"Orang yang beriman itu kuat kecintaannya kepada Allah"(Surah al-Baqarah,ayat 165)
Bacalah melalui isi hati kerana-Nya disitulah terbitnya tarbiyah diri♥
Lebih datangnya dari Allah S.W.T dan kurang datangnya dari saya.so,Sekian disini dahulu,wabillahi taufiq wal hidayah,wassalamualaikumwarahmatu'allahiwabarakatuh dan disertai juga salam uhibbuki fillah abadan abada ♥
"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."
Lain Kali Singgah Lagi tau
No comments:
Post a Comment