Tuesday, 26 February 2013

Pelajar Sekolah Menengah

Assalamulaikum,ya akhi wa ukhti? Iman/takwa masing masing macam mana hari ini? Sihat? hopefully,sihat alhamdulilah.
Dalam kelas,tengah cat kelas sambil sambil tu snaplah gambar ana dan Amira Assikin(ayob)

Kelas lukisan kejuruteraan? how? alhamdulilah,agak mencabar sepanjang duduk dalam kelas budak-budak pandai ni walaupun ana tak pandai orang yang ada dalam kelas 4 Seri II tu ja yang pandai. Lukisan kejuruteraan menguji kesabaran seseorang untuk membina sesuatu plan yang sempurna dan lengkap. InsyaAllah,kalau diberi rezeki ana nak jadi arkitek,kalau tak jadi arkitek jadilah cikgu .. cuba selagi ilmu dikandung dalam otak yang bolat ni :D tapi,terpulanglah pada diri sendiri,kalau nak pandai kena buat latihan banyak banyak la like someone said "practise make prefect" insyaAllah ..

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan,dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)". -A-li'Imraan 3:200-

Bulan Januari,Februari,bakal memasuki bulan Mac dan Mac :O
banyak aktiviti petang dipadang mahupun didepan dewan(kawad kaki),terasa penat juga apabila ana mengejar masa untuk mencukupi masa ana dengan penuh manfaat dan berfaedah lagipun ana ni memang aktif dalam kokurikulum dari umur 12tahun sehinggalah umur yang agak meningkat ni =.=" tahun ni macam macam ana masuk,lempar cakera dan lembing(olahraga),Bola jaring dan Kawad Kaki ..

Homework?
banyak la(nama pun nak jadi pandai,kenalah rajin bukannya malas) juga sampai masa tak cukup,tidor tak cukup dan the special thing's matematik tambahan membuatkan ana rasa tercabar untuk menyelesaikan rumusan tu sampai selesai. Antara kerja sekolah paling banyak bagi subjek ialah Add Math,Sejarah dan Fizik :3 ni baru awal tahun,belum hujung tahun dan belum lagi tingkatan 5 dah banyak kerja sekolah .. Bila masuk sekolah menengah,kita sendiri la kena pandai bahagikan masa untuk belajar dan masa untuk main.

Ujian mendidik hati menjadi lebih bersabar

Lebih datangnya dari Allah S.W.T dan kurang datangnya dari saya.so,Sekian disini dahulu,wabillahi taufiq wal hidayah,wassalamualaikumwarahmatu'allahiwabarakatuh dan disertai juga salam uhibbuki fillah abadan abada 

"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."
                                                                 Lain Kali Singgah Lagi tau

No comments:

Post a Comment