Assalamualaikum,hari ni mampukah aku menaip seperti dahulu kembali? sudah semestinya tak tau :D Bebas dari penjajah(PMR) *ngahaha eh,kejap-kejap lupa pula nak tanya pembaca,Ahlan wassahlan ya akhi wa ukhti?
Mulakan slot pertama,ayuh...
Hati suka berkata itu ini tapi adakah itu benar untuk hidup kita?
Hati suka berkatakan nafsu tapi adakah nafsu itu landasan jalan kita?
Marilah kita muhasabah,muhasabah lah segalanya yang terungkai didalam hati/jiwa sanubari ini..
Aku? aku hanya seorang muslimah biasa yang ingin kan satu impian yang tercapai,
tercapai untuk dikecapi untuk selama-lamanya.. Aku jugalah tidak pandai menaip ayat yang puitis yang mampu menarik pembaca disinii.
Aku baru berusia belasan tahun,aku harus mempelajari banyak ilmu untuk di ingati.
Aku suka membaca novel yang dapat menarik minat ku seperti buku ilmu dan motivasi..
Dalam diri aku selalu bertanya,kenapa aku ada ini,kenapa aku ada rasa itu?
aku perlu bertanya diri aku,apa yang aku telah lakukan sebelum ini..
Lagipun,berubah bukanlah perkara yang mudah kerana sekeliling kita memerhatikan tingkah laku kita setiap masa...
Bila aku di uji oleh Allah S.W.T, aku tahun Dia sedang menguji sejauh mana keimanan aku berada Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Berjihadlah ke jalan Allah,kita tidak akan rugi malah kita akan untung di akhirat kelak ;')
"Salah satu tips untuk istiqamah dalam penghijrahan adalah memiliki teman yang sentiasa mengingatkan kita kepada agama "
so,Sekian disini dahulu,wabillahi taufiq wal hidayah,wassalamualaikumwarahmatu'allahiwabarakatuh dan disertai juga salam uhibbuki fillah abadan abada ♥
"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."inspired ♥
Lain Kali Singgah Lagi tau
No comments:
Post a Comment