Monday, 18 June 2012

Cinta Si Muslimah Untuk Muhasabah Diri

Assalamualaikum,

Aku Menunggumu...
Ini bukan sekadar kata-kata agar kamu jatuh hati padaku, namun ini adalah kejujuranku. Mengapa aku berkata seperti ini? Kerana aku menyukai orang-orang yang mencintaiNya.. yang mencintai RasulNya... dan denganmu...kuharap keteguhanmu mampu mengajakku serta untuk semakin mencintaiNya..

  "Aku Harus Ada 1000 Alasan Untuk Gembira"
Saya ingin merasakan indahnya menemui cinta kerana Allah.Saya dapat rasakan hebatnya ketenangan jiwa yang lebih bermakna .Saya ingin terus memburu cinta-Nya.Hanya apabila tersemai semangat mencari cinta Allah dalam jiwa,barulah saya kenal nikmat cinta sebenarnya.Sesungguhnya,cinta Allah itu tak boleh dikongsi dengan sesiapa ^^

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki lain dan sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang.Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki lain bahkan aku merasa sangat terhina kerana seolah-olah aku dipermainkan sesuka hati .

Kalau aku tidak ingin kamu memandang gadis lain,aku dululah yang perlu menunduk pandanganku.Aku harus perbaiki dan menghiasi peribadiku kerana itu tuntutan Allah. Kalau aku ingin lelaki baik menjadi suamiku,aku juga perlu  menjadi gadis baik.Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan baik untuk lelaki yang baik?

Tidakku nafikan sebagai seorang remaja,aku memiliki perasaan menyayangi dan disayangi.Namun setiap kali perasaan itu datang,setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu.Allah telah memuliakan seorang lelaki yg bakal mnjadi seorang suami ku utk menerima hati dan perasaan ku yg suci.Bukan lelaki yang pernah menjadi labuhan lain.

Diriku yg memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku.Aku dengan tegas menolak,berbagai macam dalil aku kemukakan,tetapi dia tetap tidak berputus asa.Aku merasa seolah-olah kehidupanku yg tenang ini telah dirampas dariku.Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan?

Aku beristighfar memohon ampunan-Nya.Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta menlindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuat banyak memikirkan tentang dirimu.Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.Di mana saja aku berada,akal sedarku membuat perhitungan denganmu.Aku tahu lelaki yg menggodaku itu bukan dirimu.Malah aku yakin pada gerak hatiku yg mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf,juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman,atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad yg mampu mendebarkan hati jutaan gadis utk membuat aku terpikat.

Andainya engkau jodohku yg tertulis di Luh Mahfiz,Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu.Itu  janji Allah.Akan tetapi,selagi kita tidak diikat dengan ikatan yg sah,selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu.Juga jangan melampaui batas yg telah Allah tetapkan.Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yg tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak.Cukuplah engkau menyerah seluruh dirimu pada mencari redha Ilahi.Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga aataupun sandaran perjuanganmu.Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi sekiranya akulah yg ditakdirkan meniup semangat juangmu,menghulur tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yg dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
*cousin*Kak Izzati ^^ dengan suaminya
Akan ku keringkan darah dari luka mu dengan tanganku sendiri.Itu impianku.Aku pasti berendam air mata darah,andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplahkamu mencintai Allah dengan sepenuih hati mu kerana dengan mencintai Allah,kamu akan mencintai kerana Nya.Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa.Moga cinta itu juga akan mempertemukan kita kembali di syurga nanti >.<

Aku hanya menaip ini untuk perkongsian :) okay,Sekian disini dahulu,wabillahi taufiq wal hidayah,wassalamualaikum warahmatu'allahiwabarakatuh dan disertai juga salam uhibbuki fillah abadan abada 


"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."inspired  
                                                                 Lain Kali Singgah Lagi tau


No comments:

Post a Comment