Assalamualaikum,baca sampai habis baru feeling,okay ! Maaf jika blog anis loading lambat :3
Tangan mencapai telefon bimbit di atas meja. Tangan dilarikan di skrin. Unlock.
1 new message.
Open. Mata dilarikan membaca isi kandungan pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Exit.
Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.
Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.
Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.
Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.
Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.
Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.
Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah,inspired ;)
P/s ;- Hanya kau orang yang dapat memahami diri anis,walaupun selalu bagi sakit hati satu sama lain dan hampir 3 tahun kita berkawan,tapi anis selalu merindui korang yang amat gila-gila tu :D same like me,dekat kelas kita orang selalu riuh,tambah-tambah lagi aku*puji diri sendiri* hehehe,sekarang tolong la faham,anis bukan saja saja nak luah perasaan sorang-sorang,luahkan perasaan untuk korang yang anis hargai,anis tahu korang mesti nak Tergelak bila anis taip macam ni kan?*kalau dah baca tolong beritahu* anis sayang persahabatan kita yang pelik-pelik ni :D *take note please* jangan nangis tau kalau baca ni buat sahabat ku yang anis rindui*padahal dekat dalam satu pulau je pon* tapi jarang jumpa,no excuse untuk keluar rumah sebab parent kami sayang kami :) maaf kami tak da gambar bertiga :P
tapi anis dengan fieq kami sama citarasa*yea la kot*kami atlet hehe,gambar kami dekat USM,Penang sebelum kami turun track field :)
okay la,bye,.dan Assalamualaikum !
"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."inspired ♥
Lain Kali Singgah Lagi tau
No comments:
Post a Comment