Saturday 4 February 2012

Tika Hati Berbicara

 sorry jika lambat loading...
Assalamualaikum,pembaca sihat?okay,anis nak bercerita berdasarkan hati yang berbicara secara rawak atau spontan yang ingin anis taip pada setiap kali anis menaip dengan keadaan yang tenang tanpa sesiapa yang menganggui anis."Aku menangis bukan bermakna aku lemah,aku menangis kerana dah terlalu lama bertahan dan bertabah."tetapi anis tidak selemah itu anis seorang tabah yang berselindung sebalik kesedihan yang berselubung didalam diri anis selama ini yang anis pendam.Dan anis selalu la juga berhujah tentang perasaan dipelbagai cara dan waktu seperti berdoa,solat,berblogging,bertwitter dan berFacebook.Dengan cara ini juga anis menjadi tenang apabila anis dalam keadaan bermasalah.tetapi anis lebih suka bila nak menenangkan jiwa yang berserabut dengan beribu masalah anis dengan bercuti di tempat yang segar dan lagi nyaman diri tapi keluarga anis tidak selalu bercuti,selalunya ikut keadaan dan kehendak IbuAyah sendiri yang jadi pilihan tempat.
Bila hati ini mula berbicara ketika bermasalah...kadang-kadang anis suka meluahkan tentang masalah peribadi kepada kawan kawan anis yang pandai bersimpan rahsia dan bagi anis kawan dan Ibu paling rapat untuk menyelesaikan masalah anis selama ini.kawan yang selalu sentiasa disisi anis ialah Fikriyah dan Amira Assikin dan diaorang pandai mencari jalan penyelesaian untuk selesaikan masalah anis selama ini.dan anis beruntung dapat kawan macam tu selama 2 tahun setengah ni.Kawan yang lain juga telah menceriakan hidup anis selama ini dengan gelak ketawa,sedih dan duka."rindu bila dia senyum ketika ceria" dengan senyuman misteri itu jugalah telah menenangkan anis ketika bermasalah.anis susah untuk mengawal perasaan yang terburu-buru atau gopoh gapah yang tak tentu hala dan sering ditegur oleh Ibu Ayah setiap kali macam tu.dan anis minta maaf jika diri anis tidak sempurna,dan anis cuba untuk jadi terbaik.Ibu pernah berkata dekat anis"kalau nak cari laki cari laki yang berustaz & bekerja yang dapat membimbing kita di dunia dan diakhirat"dan bila Ibu cakap macam tu,anis tersentap 5 minit kerana disaat itu macam macam masalah berkeliaran didalam kepala otak anis saat itu.tapi anis masih muda,dan anis ada juga mengharapkan itu selama ini.Awak jadilah lelaki soleh yang boleh membimbing saya dulu. Kelak saya akan membawa cinta saya hingga ke syurga firdaus bersama awak!!stop here,okay.kejap,nak beritahu "maaf jika fon tulisan kecil dan maaf jika ada tertaip silap".terakhir sekali  no one is perfect in this world muhasabahlah diri sebelum tidur dimalam hari mu itu & salam ukhuwah fillah(missoshi) dan Assalamuaalaikum para pembaca dan akhiri dengan senyuman(renyeh):) 

"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah." 
                                                             Lain Kali Singgah Lagi tau


No comments:

Post a Comment