Monday, 22 December 2014

Menggali Hikmah Dalam Setiap Kejadian



Jangan berhenti menggali hikmah-Nya.

Ibnu Al-Jauzy berkata,

Sekiranya kamu tidak mampu menangkap hikmah, bukan kerana hikmah itu tiada, tetapi kerana kelemahan daya ingatan kamu sendiri. Kamu perlu tahu, raja juga memiliki rahsia yang tidak diketahui oleh orang kebanyakkan. Bagaimana kamu yang begitu lemah, mampu mengungkap semua hikmah-Nya?

Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini, pada awalnya kita mengganggap pahit, getir, mahupun menyakitkan. Tetapi, pada kemudian hari kita mensyukurinya.

Sebaliknya, tidak sedikit perkara yang pada awalnya kita sambut dengan rasa gembira, tetapi pada kemudian hari kita bermuram durja dan menitiskan air mata kerananya.

Hakikatnya, kita tidak boleh lari dari kenyataan bahawa hidup ini adalah untuk menguji kita. Untuk itu jugalah dunia itu dicipta. Untuk menguji.


“Ambilah ibrah ibrah (pelajaran darinya) wahai bagi orang-orang yang celik mata hatinya (berfikir)” – Al Hasyr 59; 2
Maka ingat, Ibrah & pengajaran Allah di mana-mana. kita cuma perlu celik hati untuk sedar..  Terus bangun untuk memotivasikan diri.

selebih datangnya dari Allah S.W.T dan kurang datangnya dari saya.Sekian disini dahulu,wabillahi taufiq wal hidayah,wassalamualaikumwarahmatu'allahiwabarakatuh dan disertai juga salam uhibbuki fillah abadan abada 
"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."   

        Lain Kali Singgah Lagi tau